
Google sedia merekabentuk cip mereka tersendiri yang digunakan pada telefon pintar dan juga pada pusat data, termasuk untuk pemprosesan melibatkan kecerdasan buatan. Terbaru, ia dilaporkan yang mana Google telah melakukan tempahan kepada Intel, untuk mengeluarkan lebih 3 juta TPU pada 2028 kelak.
Buat masa ini, kedua-dua pihak belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan hal ini. Tetapi, sekiranya tepat, maka pihak Intel dilihat telah mula memposisikan diri mereka untuk pengeluaran cip untuk pihak ketiga, dan tidak bergantung kepada pengeluaran cip mereka semata-mata.
Selain Google, ia dijangka NVIDIA turut akan menggunakan fasiliti pengeluaran Intel. Selain kedua-dua jenama ini, Elon Musk sebelum ini telah menyatakan yang mana mereka turut akan menggunakan fasiliti Intel dalam pengeluaran cip mereka tersendiri.




