SpaceX Dilapor Sasar Ambil-Alih Cursor Sekitar 30 Hari Selepas Penyenaraian Awam

TechnologySpace
20 May 2026 • 9:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpaceX Dilapor Sasar Ambil-Alih Cursor Sekitar 30 Hari Selepas Penyenaraian Awam

SpaceX dan Cursor telah mengumumkan kerjasama strategik sebelum ini, yang memberikan pilihan kepada SpaceX untuk mengambil-alih Cursor pada nilai mencapai $60 bilion. Kini, mengikut laporan Bloomberg, ia dikatakan SpaceX akan meneruskan hasrat untuk ambil-alih Cursor dalam masa sekitar 30 hari selepas penyenaraian awam syarikat SpaceX.

Image from: SpaceX Dilapor Sasar Ambil-Alih Cursor Sekitar 30 Hari Selepas Penyenaraian Awam

Elon Musk menyasarkan penyenaraian awam SpaceX sekitar pertengahan Jun, dan pengambil-alihan Cursor dijangka berlaku pada Julai.

Cursor merupakan salah satu penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan janaan untuk pengaturcaraan, memudahkan pengguna dalam membangunkan web dan aplikasi. Selain Cursor, beberapa perkhidmatan turut menyaingi penawarannya, termasuk OpenAI dan Anthropic. Namun, untuk SpaceX, pengambil-alihan Cursor dijangka mengukuhkan lagi kedudukan dan penawaran produk berasaskan kecerdasan buatan janaan mereka, dan mungkin boleh dipadankan dengan Grok Build baru.

View Original Article