SpaceX mengumumkan ia mempunyai pilihan untuk mengambil alih syarikat kecerdasan buatan (AI) Cursor pada harga $60 bilion menjelang akhir tahun. Ini adalah sebahagian daripada persetujuan kerjasama dimana SpaceX juga boleh memilih untuk membayar $10 bilion untuk meneruskan kerjasama strategik tanpa pengambilalihan penuh.

Cursor ialah syarikat yang membina AI untuk penjanaan kod oleh itu ia bersaingan secara langsung dengan OpenAI dan Anthropic. Langkah ini diambil oleh SpaceX bagi mengukuhkan kedudukan xAI dalam dunia AI dengan ia kini masih dilihat di belakang pesaing mereka.
Bagi Cursor pula, kerjasama ini memberikan mereka akses kepada superkomputer Colossus milik xAI untuk keperluan perkomputerannya. SpaceX menyatakan gabungan produk Cursor dan kuasa Colossus akan membolehkan pembangunan model AI paling berguna di dunia.





