OpenAI mempunyai penawaran Codex, yang memfokuskan kepada penggunaan oleh para pembangun dan perusahaan, dimana ia membantu dalam pembangunan perisian dan aplikasi. Selain itu, Codex juga secara aktif digunakan untuk tujuan penganalisaan, perancangan, pengurusan projek, serta beberapa tujuan yang lain.

Terbaru, OpenAI berkongsi mengatakan Codex kini mempunyai 4 juta pengguna aktif setiap minggu, memperlihatkan ramai yang telah mula menggunakannya. Angka terbaru ini dikongsikan hanya selang dua minggu lepas OpenAI mengatakan Codex mempunyai 3 juta pengguna aktif mingguan.
Sebelum ini sendiri, OpenAI telah mengambil langkah dalam lebih memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan kepada perusahaan dan pengaturcara serta pembangun, dan Codex antara produk yang diberikan perhatian lebih baik – berbanding dengan ChatGPT yang digunakan ramai pengguna awam. Dengan penawaran Codex yang dioptimasikan, ia dijangka lebih banyak perusahaan akan melabur dan melanggannya, sekaligus membawa kepada penjanaan pendapatan oleh OpenAI.


