SpaceXAI Melancarkan Grok 4.5 – Dikatakan Model Terbaik Grok Untuk Tujuan Pengaturcaraan Dan Tugasan Ejen

TechnologyDigital
9 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpaceXAI Melancarkan Grok 4.5 – Dikatakan Model Terbaik Grok Untuk Tujuan Pengaturcaraan Dan Tugasan Ejen

SpaceXAI – syarikat gabungan SpaceX dan juga xAI, hari ini telah melancarkan secara rasminya model kecerdasan buatan janaan mereka yang terkini, dinamakan Grok 4.5. Melaluinya, ia dipasarkan sebagai model terbaik Grok yang memfokuskan kepada pengaturcaraan dan juga tugasan berasaskan ejen, selain untuk penaakulan.

Image from: SpaceXAI Melancarkan Grok 4.5 – Dikatakan Model Terbaik Grok Untuk Tujuan Pengaturcaraan Dan Tugasan Ejen

SpaceXAI mengatakan Grok 4.5 telah dilatih dengan set data yang melibatkan kandungan dan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan, sains, kejuruteraan dan juga matematik. Ini sekaligus menjadikan model ini sangat pintar dan juga efisien dalam penaakulan, termasuk tugasan kejuruteraan. Untuk tujuan pembangunan model ini juga, pihak SpaceXAI telah bekerjasama dengan anak syarikat baharu mereka, Cursor.

Model Grok 4.5 ini kini boleh diakses melalui Grok Build dan Cursor bermula hari ini. Elon Musk menyatakan model ini beroperasi lebih pantas, dan lebih efisien dari segi penggunaan token.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved