Google Perkenal Ejen AI Gemini Spark Untuk Pengguna Malaysia

LocalTechnology
29 Jul 2026 • 9:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Perkenal Ejen AI Gemini Spark Untuk Pengguna Malaysia

Google sebelum ini telah memperlihatkan penawaran ejen AI mereka yang boleh melakukan sejumlah tugasan berulang dan kompleks dengan mudah, dinamakan Gemini Spark. Selepas diperlihatkan, kini akhirnya perkhidmatan Gemini Spark telah mula ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

Menggunakan Gemini Spark, anda boleh menggunakannya dalam mengautomasi sejumlah tugasan, termasuk yang melibatkan aplikasi GMail, Google Docs, Google Calendar dan sebagainya, seterusnya meningkatkan produktiviti anda.

Melalui contoh diberikan, pengguna boleh mengautomasikan seperti menulis draf emel secara automatik untuk sebarang pertanyaan melalui GMail. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat belanjawan setiap bulan berdasarkan kepada resit belanja di GMail.

Anda turut boleh meminta Gemini Spark untuk membaca emel-emel yang pernah anda hantar, untuk memahami gaya penulisan, dan seterusnya menggunakan ia dalam penulisan. Gemini Spark juga turut boleh menguruskan temu janji yang hadir daripada emel dan melihat kepada Google Calendar semakan tarikh, dan mengesahkan temu janji berkaitan.

Gemini Spark juga dijangka memulakan gaya kerja baharu, meningkatkan produktiviti, dan mengintegrasikan ejen AI dalam urusan harian. Walaubagaimanapun, untuk menggunakan Google Spark, anda perlu mempunyai langganan Google AI Ultra dan juga Google AI Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved