
PONTIAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Whatsapp ringkas kepada Bernama pada Isnin, susulan pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada Ahad malam.
Terdahulu, jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dibawa ke Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadut di Serkat, Tanjung Piai, dekat sini untuk disembahyangkan dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, pada pukul 12.05 tengah hari, pada Isnin.
Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu, memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mempertahankanya pada PRU15.
DUN Johor mempunyai 56 kerusi, yang mana Barisan Nasional memenangi 40 kerusi pada PRN lepas, diikuti Pakatan Harapan mempunyai 12 kerusi, tiga lagi merupakan Perikatan Nasional manakala MUDA satu kerusi. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
