
SHAH ALAM, 29 NOV: Kedudukan pembangkang di negeri ini akan diteliti semula berikutan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Ng Suee Lim berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
“Jika kita melihat kepada perkembangan terkini, Barisan Nasional (BN) adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan tetapi di Selangor kita akan teliti terlebih dahulu.
“Saya akan serahkan keputusan kepada Dato’ Menteri Besar untuk uruskan perbincangan dan sebagainya, sekiranya ada arahan dan maklumat, kedudukan dalam dewan mungkin akan disusun semula tetapi setakat ini belum ada,” katanya pada sidang DNS hari ini.
Beliau berkata Kerajaan Negeri masih menganggap Datuk Rizam Ismail sebagai ketua pembangkang dan kemungkinan BN di blok kerajaan pada pilihan raya negeri.
“Di Selangor, saya yakin Dato’ Menteri Besar pasti akan guna pendekatan lebih inklusif untuk pastikan gabungan kerajaan perpaduan kukuh. Jika kita perlu kerjasama selaras dengan titah Agong, saya kira kita bersedia untuk ke arah itu,” katanya.
The post Speaker: Kedudukan pembangkang di Selangor diteliti appeared first on Selangorkini.

