
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sudah mengemukakan kekosongan kerusi Parlimen Subang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan peletakan jawatan dikemukakan, Wong Chen, semalam.
“Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat bagi kawasan Subang, Wong Chen telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam sebagai ahli Dewan Rakyat kepada saya.
“Saya telah maklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi ahli Parlimen Subang selaras perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH)di Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam, Wong Chen mengesahkan peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Subang.
Menerusi satu muat naik di Facebook, beliau mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela itu berkuat kuasa semalam, jam 5 petang.
Wong Chen turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 5 Ogos melalui pautan sama. – UTUSAN
The post Speaker maklum kekosongan Parlimen Subang kepada SPR appeared first on Utusan Malaysia.






