RCI TH bangkit persoalan integriti laporan audit

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 1:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH bangkit persoalan integriti laporan audit

KUALA LUMPUR: Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) menimbulkan persoalan terhadap tahap integriti laporan audit yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Parlimen.

Datuk Armizan Mohd. Ali (GRS-Papar) berkata, pendedahan berkenaan turut menimbulkan persoalan sama ada maklumat dan penemuan penting berkaitan kedudukan kewangan serta pengurusan TH telah disampaikan secara menyeluruh kepada pihak berkepentingan sebelum keputusan dibuat. 

Katanya, Perlembagaan Persekutuan meletakkan parameter jelas terhadap tanggungjawab serta mandat Ketua Audit Negara.

“Sebagai anggota pentadbiran, dalam meneliti setiap laporan tahunan agensi dan badan berkanun kerajaan yang dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, sandaran utama saya adalah kepada setiap ulasan Ketua Audit Negara.

“Namun, laporan RCI Tabung Haji ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada tahap integriti laporan audit yang dipersembahkan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat secara keseluruhannya,” katanya di Dewan Rakyat. 

Menurut Armizan, pihaknya memohon kerajaan menjelaskan pendirian berhubung isu audit yang dibangkitkan dalam laporan RCI berkenaan.

Katanya, penjelasan itu penting bagi meyakinkan rakyat bahawa tahap integriti laporan Ketua Audit Negara, termasuk pada masa kini, tetap boleh diyakini sejajar dengan amanah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mohon dijelaskan apakah pendirian kerajaan berhubung isu audit yang dibangkitkan dalam RCI.

“Sekali gus, bagaimana kerajaan dapat meyakinkan bahawa tahap integriti laporan Ketua Audit Negara termasuk pada masa kini tetap boleh diyakini,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan turut mengalu-alukan usaha Jabatan Audit Negara memperkenalkan Auditor General Dashboard (AGD).

Katanya, inisiatif itu memberikan akses kepada dapatan dan tindakan susulan audit yang dilakukan.-UTUSAN

The post RCI TH bangkit persoalan integriti laporan audit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved