Speaker tegur dua MP tak fokus dalam Dewan Rakyat

Politics
23 Feb 2023 • 12:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Guan Eng (kiri) dan Awang ditegur Speaker ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Parlimen pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur tindakan dua ahli Dewan Rakyat yang tidak memberi tumpuan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Parlimen pada Rabu.

Teguran dibuat ketika P Prabakaran (PH-Batu) bertanya soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau telah meminta Prabakaran untuk berhenti bertanya dan duduk seketika sebelum menegur Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

"Yang berhormat Batu duduk sekejap. YB Pendang, YB Bagan, ada mesyuarat ke dalam ni?

"Jika mustahak minta bincang di luar. Kita beri perhatian kepada Batu," katanya.

Sesi berkenaan kemudiannya bersambung apabila Ramli mengarahkan Prabakaran meneruskan soalan kepada Fahmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved