Speedy Tigers tumbang kali kedua

9 May 2024 • 12:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Jepun. Hokita

SKUAD hoki negara melakar kekalahan kedua selepas tewas 1-2 kepada Jepun dalam perlawanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada Rabu.

The Speedy Tigers seperti dalam perlawanan sebelum ini sekali lagi ketinggalan seawal minit ke-24 hasil jaringan gol padang Kazumasa Matsumoto.

Tidak mengalah skuad wajah baharu kendalian Sarjit Singh kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Faizal Saari pada minit ke-31.

Namun Jepun yang lebih bersistematik meningkatkan tekanan berjaya meledak satu gol lagi hasil sentuhan gol padang Taiki Takade gol padang minit ke-50.

Keputusan lain menyaksikan Pakistan menewaskan kepada Kanada 5-3, manakala New Zealand pula menewaskan Korea Selatan, 1-4

Piala Sultan Azlan Shah 2024 Edisi 30

KEPUTUSAN

Malaysia 4-5 Pakistan (juara tiga kali) Malaysia 6-2 Kanada

Malaysia 6-4 New Zealand (juara dua kali)

Malaysia 1-2 Jepun

10 MEI

Malaysia lwn Korea Selatan (juara tiga kali)

* Semua aksi Malaysia dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Stadium Azlan Shah, Ipoh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved