Speedy Tigress akur 1-3 kepada Jepun

24 Nov 2026 • 9:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Speedy Tigress akur 1-3 kepada Jepun

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas 1-3 kepada Jepun dalam aksi keempat pusingan liga Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Bhopal, India, hari ini.

Jepun membuka tirai jaringan menerusi Maruyama Niko yang menyempurnakan gol padang pada minit ke-32 sebelum Malaysia merapatkan jurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti Azmyra Mia Sofea Azhari pada minit ke-51.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad negara tidak bertahan lama apabila Tanaka Kokona kembali meletakkan Jepun di hadapan menerusi gol padang seminit kemudian.

Jepun kemudian mengesahkan kemenangan apabila Hiramitsu Ai menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-58 untuk keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kini, aksi menentang Thailand menjadi tumpuan skuad negara untuk kembali mendapatkan keputusan positif dan memastikan peluang mara ke separuh akhir terus terbuka.

The post Speedy Tigress akur 1-3 kepada Jepun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved