Spesies marin terancam dijual di pasar basah Semporna

LocalEnvironment
8 Aug 2023 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Penguatkuasaan dan hukuman berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan dan perdagangan haram spesies marin terancam.

Saranan tersebut dibuat Presiden Kelab Skuba Sabah, Sim Fui, susulan perkongsian gambar di media sosial berkenaan penjualan spesies marin terancam di pasar basah, di sini.

Menurut perkongsian oleh Luma Duyung Semporna, antara spesies ikan yang dijual di pasar berkenaan adalah ikan pari manta (Devil Ray), ikan jerung (Bamboo Shark dan Black Tip Shark), ikan buntal dan ikan bayan (Parrotfish).

Sim Fui berkata, penyelam khususnya pelancong, sentiasa teruja untuk melihat spesies-spesies ikan berkenaan ketika menyelam.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Sebagai penyelam, mereka menghargai peluang untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi kehidupan marin di habitat semulajadinya.

Katanya, penjualan spesies terancam seperti Devil Ray dan Bamboo Shark di pasar basah di sini menggugat usaha konservasi serta pelancongan lestari.

“Kita memerlukan penguatkuasaan lebih ketat dan hukuman berat terhadap mereka yang terlibat dalam penangkapan dan permerdagangan spesies marin terancam.

“Melindungi kehidupan marin bukan sahaja mengenai memelihara daya tarikan destinasi penyelaman, ia juga tentang memelihara keseimbangan ekologi laut kita,” katanya.

Menurut Sim Fui, Devil Ray telah disenaraikan sebagai spesies terancam dan jarang dijumpai di lautan.

Katanya, beberapa spesies jerung juga berada dalam senarai Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sebagai hampir terancam dan terancam.

“Keindahan laut menjadi daya tarikan pelancongan di Semporna dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi tempatan.

“Sudah tiba masanya untuk mengadakan program kesedaran dan menyediakan mata pencarian alternatif bagi komuniti tempatan bagi memastikan spesies-spesies itu tidak berakhir di pasar basah,” katanya.

Tambahnya, tindakan berkenaan perlu, kerana jika tidak, amalan menjual spesies marin berharga akan menyebabkan impak jangka panjang terhadap kepelbagaian marin dan industri menyelam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.