Spesifikasi Fon Telinga Sony WF-1000XM5 Tertiris Sekali Lagi Ke Arena Web

TechnologyDigital
15 Jun 2023 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lambakan maklumat mengenai Sony WF-1000XM5 yang didedahkan ketika ini merupakan petanda bahawa pelancarannya sudah semakin hampir. Lebih menarik lagi apabila pendedahan kali ini dilihat lebih terperinci sekaligus dapat membantu kita untuk memahami lebih mendalam mengenai penawarannya.

image is not available

Fon telinga nirwayar ini dipercayai hadir dengan pemandu audio yang dipanggil sebagai Dynamic Driver X sebesar 8.4mm. Ia juga dijangka mempunyai keupayaan pembatalan hingar aktif yang dipertingkatkan dengan kemampuan mengoptimumkan kualiti bunyi dalam masa nyata untuk prestasi cukup baik.

Perkara ini dijayakan menerusi sokongan dua cip pemprosesan khusus dan keupayaan mikrofon terbina yang dikatakan mampu menapis bunyi di persekitaran dengan cukup efektif. Seterusnya tiga mikrofon terbina yang diberikan pula mampu menangkap bunyi ambien cukup baik.

image is not available

Fon telinga juga dipercayai menyokong audio Hi-Res dan DSEE Extreme untuk pengalaman lebih baik. Di samping turut sama menggunakan teknologi yang mengeluarkan audio getaran apabila berdekatan dengan tulang pipi.

Turut disertakan adalah sokongan tambatan pantas menerusi sambungan bluetooth 5.3 yang juga menyokong ciri sambungan dua peranti secara serentak. Bateri 500mAh yang disertakan pula mampu menyajikan pengalaman penggunaan maksimum 24 jam lamanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved