
Spesifikasi Google Pixel Watch 5 tertiris lima hari sebelum pelancaran rasminya di New York minggu depan. Seperti siri Pixel 11 yang juta bocor ke internet minggu ini, spesifikasi Pixel Watch 5 membuatkan ramai mempersoalkan keseriusan Google dalam menghasilkan perkakasan yang berbaloi untuk dibeli.

Rekaan Pixel Watch 5 masih sama dengan Pixel Watch 4. Muka jam kekal bulat dengan satu butang berputar di sisi serta tali poliestomer. Cip Snapdragon Wear W5 Gen 2 dikitar semula daripada model tahun lalu cuma storan naik dua kali ganda ke 64GB. Turut ditambahbaik ialah bateri 332 mAh pada model 41mm dan 465 mAh pada model 45 yang sedikit lebih besar berbanding Pixel Watch 4.

Kemampuan menjejak nadi, oksigen dalam darah serta pengesanan AFib diberikan. Gemini yang ditambah baik akan digunakan seperti yang telah diumumkan di Google I/O pada Mei lalu menerusi sistem operasi Wear OS 7. Pixel Watch 5 ialah jam tangan kedua selepas siri Galaxy Watch8 dan Watch Ultra 2 menggunakan Wear OS 7.
