Spesifikasi Penuh OnePlus Nord CE 3 Tertitis – 108MP Dan Cip Snapdragon 695 5G

TechnologyDigital
10 Nov 2022 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus nampaknya masih serius dan akan meneruskan siri Nord mereka sebagai penawaran peranti kelas pertengahan. Dalam Nord turut ada banyak model, antara yang mampu milik adalah Nord CE dan model yang terkini dijangka adalah OnePlus Nord CE 3.

Spesifikasi penuh peranti ini telah tertiris di arena web dan memperlihatkan penggunaan kamera yang besar dan mungkin yang paling besar dalam sejarah OnePlus iaitu sensor 108MP. Tetapi seperti biasa, sensor utama ini akan dipadankan dengan sensor gimik lain iaitu 2+2 Megapixel untuk kedalaman dan makro.

image is not available

Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin LCD 6.7-inci 120Hz, dijana dengan cip Snapdragon 695 5G dan mempunyai memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kamera swafoto adalah 16 Megapixel. Untuk bateri ia dikatakan akan menggunakan kapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar awal tahun hadapan, jika OnePlus mengikut strategi sama dengan pelancaran OnePlus Nord CE 2 seperti sebelum ini.