Ruang langit Kuala Lumpur diterangi dengan persembahan menakjubkan pada hujung minggu lalu apabila ribuan peminat membanjiri Raintree Plaza, The Exchange TRX bagi menyaksikan Spider-Man: Brand New Day Light Show yang dibawakan oleh Sony Pictures Entertainment Malaysia.
Acara yang berlangsung pada 24 dan 25 Julai 2026 itu berjaya memukau pengunjung menerusi pertunjukan 600 dron berkoordinasi, disusuli dengan pertunjukan bunga api yang mengubah langit malam menjadi sambutan sinematik sempena tayangan Spider-Man: Brand New Day.


Persembahan tersebut menampilkan pelbagai formasi ikonik yang diinspirasikan daripada Spider-Man, visual penceritaan yang memukau serta koreografi dron yang diselaraskan dengan sempurna. Ia sekali gus memberikan pengalaman yang sukar dilupakan kepada peminat daripada pelbagai peringkat umur sebagai meraikan adiwira kejiranan paling digemari di dunia.
Bukan sekadar di udara, pengunjung turut dibawa menyelami dunia Spider-Man: Brand New Day menerusi pengalaman interaktif bertemakan jalanan New York yang diinspirasikan daripada kawasan kejiranan ikonik Spider-Man.


Aktiviti tersebut menampilkan pelbagai instalasi bertema serta ruang bergambar, membolehkan pengunjung merasai sendiri suasana dunia Spider-Man sebelum menyaksikan pertunjukan dron dan bunga api.
“Kami mahu memberikan sambutan yang benar-benar istimewa kepada peminat Spider-Man di Malaysia. Daripada pengalaman bertemakan New York hinggalah kepada pertunjukan dron dan bunga api yang luar biasa, ini adalah cara kami meraikan Spider-Man: Brand New Day bersama para peminat dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” kata Pengarah Pemasaran Sony Pictures Entertainment Malaysia, Catherine Chai.
Filem Spider-Man: Brand New Day akan mula ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara pada Khamis, 30 Julai 2026. Tempahan awal tiket kini dibuka di semua rangkaian pawagam utama di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ingat Air Sisa Kumbahan Terus Hilang Macam Tu Je? Korang Wajib Tahu Ke Mana Sisa Ini Pergi Setiap Hari
The post Spider-Man Ambil Alih Langit Kuala Lumpur, Pertunjukan Dron & Bunga Api Pukau Perhatian Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

