600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX

LocalMovie
27 Jul 2026 • 5:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pertunjukan 600 dron Spider-Man dan bunga api di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Ribuan peminat membanjiri Raintree Plaza, The Exchange TRX bagi menyaksikan pertunjukan cahaya Spider-Man: Brand New Day yang berlangsung selama dua malam pada 24 dan 25 Julai lalu.

Pertunjukan anjuran Sony Pictures Entertainment Malaysia itu menampilkan 600 dron yang bergerak secara serentak, disusuli pertunjukan bunga api sehingga mengubah ruang udara di tengah ibu negara menjadi persembahan sinematik.

Formasi udara berinspirasikan Spider-Man turut dipersembahkan menerusi susunan dron dan penceritaan visual yang diselaraskan khas untuk meraikan kemunculan filem terbaharu adiwira berkenaan.

Image from: 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX
Image from: 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX
Image from: 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX
Image from: 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX
Image from: 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX

Suasana New York dibawa ke TRX

Selain persembahan di udara, pengunjung turut berpeluang merasai suasana dunia Spider-Man menerusi ruang aktivasi bertemakan jalanan New York yang diinspirasikan daripada kejiranan ikonik watak berkenaan.

Ruang itu dilengkapi pemasangan bertema serta lokasi bergambar, sekali gus memberi peluang kepada peminat merasai sendiri suasana dunia Spider-Man sebelum menyaksikan pertunjukan dron dan bunga api.

Image from: 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX

Pengarah Pemasaran Sony Pictures Entertainment Malaysia, Catherine Chai berkata, acara tersebut dirancang sebagai sambutan istimewa buat peminat Spider-Man di Malaysia.

“Kami mahu memberikan sambutan yang selayaknya kepada peminat Spider-Man di Malaysia. Bermula daripada aktivasi berinspirasikan New York sehingga pertunjukan dron dan bunga api, ini cara kami meraikan Spider-Man: Brand New Day bersama peminat dalam pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Tayangan bermula 30 Julai

Spider-Man: Brand New Day bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai Khamis, 30 Julai ini, manakala tempahan awal tiket sudah dibuka di rangkaian pawagam utama.

Filem arahan Destin Daniel Cretton itu mengisahkan Peter Parker yang meneruskan perjuangan menentang jenayah sebagai Spider-Man dalam dunia yang tidak lagi mengingatinya.

Tekanan melihat rakan-rakan lamanya meneruskan kehidupan mencetuskan perubahan yang mungkin tidak mampu dikawalnya. Namun perubahan itu juga mungkin menjadi satu-satunya jalan untuk menghentikan ancaman baharu yang tidak dapat dilihat daripada memusnahkan bandar serta individu yang disayanginya.

Filem tersebut dibintangi Tom Holland, Zendaya, Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Tramell Tillman, Michael Mando dan Mark Ruffalo.

The post 600 dron Spider-Man warnai langit Kuala Lumpur di TRX appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved