Splash Mania Bakal Jadi Tarikan Baru Di Banting, Siap Ada Gelongsor Dari Kapal Setinggi 45 Meter!

20 Aug 2022 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak pandemik Covid-19 sudah mula reda dan terkawal di Malaysia, banyak tempat-tempat pelancongan yang dipenuhi dengan pengunjung. Dengar kata, sampai ada hotel penginapan yang penuh disewa sehingga berbulan-bulan lamanya!

Buat yang gemarkan taman tema air dan aktiviti lasak, ada berita baik buat anda! Taman tema air Splah Mania bakal menjadi tarikan baharu di Banting, Selangor.

Difahamkan, Splash Mania akan menjadi taman tema air bertemakan hutan hujan tropika yang besar di Asia.

image is not available

Lebih menarik, antara keseronokan yang ditawarkan adalah gelongsor yang menurun dari replika kapal setinggi 45 meter!

image is not available

image is not available

image is not available

Menerusi sebuah video yang dirakam oleh dron, taman tema air ini masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap menjelang tahun 2023. Tak sabar betul!

Video tersebut turut memperlihatkan banyak gelongsor air yang akan dibina di Splash Mania, di samping pantai buatan manusia yang dijangka akan menjadi tarikan utama di sini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kumpul duit cepat!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.