SPM 2024 Tetap Berjalan Hari Ini Di Negeri Terjejas Banjir

LocalPolitics
2 Dec 2024 • 10:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan berlangsung mengikut jadual di semua negeri yang terjejas banjir.

image is not available

Foto: BERNAMA

Menurut laporan Astro Awani, keputusan ini diambil selepas perundingan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ujian bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung selama empat hari sehingga Khamis, manakala ujian amali Sains dijadualkan pada 9, 10 dan 12 Disember, selepas ujian bertutur Bahasa Melayu.

Diikuti dengan ujian bertutur Bahasa Inggeris akan diadakan pada 16, 17, 18, dan 19 Disember selain ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan berlangsung pada 31 Disember.

Peperiksaan bertulis pula akan bermula 2 Januari hingga 6 Februari 2025.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Seramai 5,377 calon SPM 2024 di tiga negeri terjejas akibat banjir dan Kelantan merupakan negeri yang mencatatkan jumlah calon terjejas tertinggi seramai 3,111 orang.

Pada masa sama, Terengganu mencatatkan 1,734 calon terjejas dan Kedah mempunyai 532 calon terkesan oleh banjir.

Jumlah keseluruhan calon yang mendaftar untuk SPM 2024 adalah 402,956 orang.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved