Pelajar Terjejas Akibat Banjir, KPM Pertimbang Cadangan Lakukan SPM Di Luar Musim Tengkujuh

LocalPolitics
2 Dec 2024 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini (2 Disember) merupakan hari pertama pelajar tingkatan lima menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi ujian bertutur Bahasa Melayu di seluruh negara.

Meskipun ada yang terjejas dengan banjir, kebanyakan calon SPM ini telah mendapat bantuan daripada pelbagai agensi yang memindahkan mereka di asrama supaya dapat menjawab peperiksaan itu dengan baik.

image is not available

Pun begitu, hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) katanya bakal mempertimbang cadangan supaya SPM dilakukan di luar musim tengkujuh.

Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, perkara itu akan dibincangkan dan diperhalusi dari semasa ke semasa.

“Kita akan pertimbang cadangan ini kerana ia antara cadangan yang kita turut terima. Barangkali kita boleh lihat kerana ketika ini jadual SPM pada hujung tahun dan berdepan banjir.

“Perkara itu kita ambil kira dan kita akan perhalusi dari semasa ke semasa kerana ia melihatkan aspek prihatin daripada masyarakat,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, proses pemindahan calon SPM di semua negeri yang terjejas banjir difahamkan selesai sepenuhnya tanpa ada yang tercicir, semalam.

Fadhlina Sidek berkata, semua calon termasuk yang terperangkap telah diselamatkan pelbagai agensi dan kini ditempatkan di asrama dengan diberi kemudahan terbaik termasuk disediakan buku, internet dan komputer.

Marilah kita doakan yang terbaik buat calon-calon SPM ini. Semoga sukses dan kuat semangat dalam melalui dugaan ini.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.