“SPM ni kosong mat” – ‘Influencer’ Kata Sekolah Tiada ‘Value’ Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
22 Jan 2024 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular satu kenyataan daripada penyanyi muda tempatan yang mengatakan sekolah itu sesuatu yang membuang masa.

Terbaru, seorang lagi influencer mengeluarkan kenyataan yang hampir sama seperti itu, Yousaf Iqbal mengatakan sekolah itu sesuatu yang tidak berharga atau dalam kata lain tidak mempunyai value.

Bercakap dalam satu rancangan podcast, Yousaf berkata tiada yang lebih penting daripada ilmu Allah.

“Bila aku lihat semula apa pengalaman aku di sekolah dahulu takde value langsung, sekolah SPM ni semua kosong Mat.

Aku fahamlah kalau kau nak jadi engineer apa semua,” katanya.

Selain itu, dia turut berkata pergi sekolah adalah sesuatu yang amat disesali dan yang paling berharga ialah ilmu Allah.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengulangi ‘kesilapannya’ itu, malah, dia juga berkata ilmu asas fardhu ain itu jauh lebih penting lebih-lebih lagi apabila anda sudah berkeluarga.

“Semua ilmu di dunia ni ilmu Allah”

Video berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen namun rata-rata amat tidak setuju dengan kenyataan influencer tersebut dan merasakan ianya tidak wajar.

image is not available

Pendapat korang macam mana?

Sumber: Twitter

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.