
Baru-baru ini, penyanyi Sharifah Zarina membuat perkongsian TikTok menunjukkan anak perempuannya, Athalia Deena Baswani sedang ‘sleepcall’ bersama seorang lelaki.
Dalam video singkat tersebut, dapat dilihat Sharifah memasuki bilik anak perempuannya yang sedang tidur sambil membuat panggilan video dengan jejaka yang dipercayai teman lelakinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap terbuka Sharifah yang menerima dan memahami fasa perhubungan anak gadisnya itu.
Malahan, ada juga segelintir warganet yang berkongsi sikap tegas ibu bapa masing-masing sekiranya ‘kantoi’ berbuat perkara sedemikian.



Bagaimanapun, video itu turut menerima reaksi negatif wargamaya yang menganggap Sharifah tidak mengendahkan hukum agama dan membiarkan anak perempuannya melakukan maksiat secara terang-terangan.


Sebelum ini, Athalia pernah dikritik selepas memuat naik video di media sosial menunjukkan dia berpelukan dengan seorang lelaki.
(VIDEO) "Mak Tak Marah Ke?" - Peluk Lelaki Di TikTok, Sharifah Zarina Tak Kisah Anak Kena Kecam
The post “Sporting Tang Mana” – Kongsi Video Anak ‘Sleepcall’ Dengan BF, Netizen Anggap Sharifah Zarina Tak Endah Hukum Agama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


