“Sportingnya”- Gelagat Guru Besar Enjoy Ketika Senamrobik Buat Ramai Geli Hati [Video]

LocalEntertainment
17 Oct 2024 • 3:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui kerjaya seorang pendidik bukanlah mudah kerana mereka berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak bangsa.

Malah ramai juga mengatakan guru diibaratkan seperti lilin membakar diri sendiri kerana banyak berkorban untuk anak murid.

Kerjaya ini tentunya akan membuatkan pendidik berdepan dengan tekanan dan sebagainya.

Gelagat guru besar asyik melakukan senamrobik raih perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan aksi seorang guru besar lelaki ketika sedang bersenam.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan guru yang sedang berada di atas pentas sedang membuat senamrobik di sebuah sekolah.

Namun apa yang menjadi perhatian, kelihatan seorang guru lelaki yang juga guru besar dilihat sangat aktif sewaktu melakukan senamrobik.

Aktif bergerak ke kiri dan kanan ketika berada di atas pentas

Malah dia juga dilihat begitu gembira bergerak ke kiri, kanan, hadapan dan belakang mengikut jurulatih yang berada di hadapannya.

“Cara Guru Besar lepaskan tekanan sebab banyak mesyuarat dekat sekolah,” tulis dalam video itu.

Dalam masa sama, kelihatan guru-guru yang berada di sekeliling Guru Besar berkenaan turut terhibur melihat gelagatnya.

Ramai geli hati lihat gelagat Guru Besar

Melihat di ruangan balas, ramai geli hati dengan gelagat Guru Besar berkenaan. Malah ada juga yang berpendapat dia comel dengan aksi bersahajanya itu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan seronok apabila mempunyai guru yang sporting.

Menerusi semakan kami, video tersebut telah dimuat naik oleh @zkhir_azizan di TikTok sekitar September yang lalu, namun ia mula menjadi tular semula selepas dikongsikan di X.

@zkhir_azizan

Risau kesurupan kalau lama lagi kat atas tu hahaha 🤣… #fyp #tiktokviral #tiktokmalaysia #aerobik @WanQarma

♬ original sound – Kayyyyyyyyyyy – Kayyyyyyyyyyy

“Sporting betul cikgu dia”

image is not available

“Jarang nak dapat Guru Besar macam ni, semua nak garang je”

image is not available

“Steady bos, susah cari orang yang sporting macam ni”

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved