Spotify Dan UMG Bakal Hadir Dengan Pelan Langganan Eksklusif Kepada Peminat Tegar

TechnologyDigital
28 Jan 2025 • 5:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify dan UMG baru-baru ini telah menandatangani perjanjian eksklusif untuk Streaming 2.0. Perjanjian ini adalah untuk beberapa tahun dengan fokus kepada perkembangan rakaman dan penerbitan muzik selain kepada kemajuan dan inovasi untuk kejayaan artis.

image is not available

Mereka akan menawarkan pelan langganan khas yang eksklusif untuk peminat tegar di mana, pelan ini akan memanfaatkan artis, penulis muzik dan pengguna. Di dalam pelan ini mereka akan memastikan bayaran artis yang lebih tinggi, mendapat akses kepada fail audio dengan kualiti lebih tinggi, kandungan tambahan bukan muzik, kandungan video, dan banyak manfaat lain lagi.

Pelan langganan ini dikatakan adalah pelan Super-Premium. Ia mungkin strategi baharu Spotify untuk menawarkan penstriman muzik dengan audio nirhilang seakan Apple Music atau kaedah mengenakan harga langganan tinggi tetapi pada masa yang sama, pengguna akan menerima jajan lain yang mungkin menambah nilai.

Buat masa ini masih tiada sebarang butiran mengenai apakah pelan langganan baharu yang akan mereka tawarkan. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved