Spotify Dilaporkan Ingin Mengharamkan Penstriman “Bunyi Persekitaran”

TechnologyDigital
21 Aug 2023 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sembilan tahun yang lalu saya dikurniakan seorang anak. Di malam hari sekiranya dia sukar untuk tidur, saya akan memasang bunyi hujan, ombak, cengkerik atau kereta untuk membantu dia tidur di Spotify. Audio dari genre “bunyi persekitaran” ataupun white noise ini amat popular di Spotify dengan lebih 3 juta jam distrim setiap hari.

image is not available

Menurut laporan Bloomberg, Spotify ingin mengharamkan bunyi persekitaran daripada platform mereka sebagai langkah penjimatan kos. Setiap tahun Spotify dipercayai membayar $38 juta kepada penghasil kandungan bunyi persekitaran. Ini dilihat sebagai merugikan kerana ia tidak mudah diiklankan berbanding kandungan podsiar atau muzik.

Selain menghalang bunyi persekitaran di Spotify, mereka dilaporkan akan turut memadamnya terus daripada platform. Algoritma sedia ada akan diubah untuk tidak menyarankan kandungan ini kepada pelanggan. Jika laporan ini benar, ia adalah langkah yang kami rasakan merugikan. Walaupun anak kini sudah besar saya masih mendengar bunyi persekitaran sebelum tidur kerana ia menenangkan. Terpaksalah saya berpindah pula ke YouTube.