Lelaki kena tempias, Abang Tesla mohon maaf – “Saya kahwin dua, korang yang kena marah”

Music
21 Aug 2023 • 3:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Nama TikToker, Abang Tesla menjadi perbualan hangat semenjak semalam susulan video dimuat naik yang mengumumkan dirinya berkahwin buat kali kedua di aplikasi tersebut.

Video yang memaparkan dia dan pasangan berpelukan selepas mendirikan solat Subuh berjemaah iaitu tiga jam sebelum Abang Tesla melafazkan akad nikah sekali gus memadukan isteri pertama.

Susulan itu, video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dari pelbagai platform media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan berpoligami.

Mohon maaf kena tempias

Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry sekali lagi tampil membuat permohonan maaf di platform sama kepada semua golongan lelaki yang terkena tempias menjadi mangsa bebelan pasangan atas tindakannya itu.

“Pertama sekali, aku nak minta maaf kepada kaum lelaki sebab saya nampak banyak video disebabkan video saya tadi, ramai kena marah dengan bini.

“Hari ini tak boleh keluar rumah la, hari ini tak boleh dengar lagu Kau Tigakan Aku. Dengar lagu tu pun kena marah dengan bini.

“Jadi saya nak minta maaf kepada kaum lelaki disebabkan saya kahwin dua, korang yang kena marah,” katanya dalam video berkenan.

Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 200,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang seolah-olah masih tidak setuju dengan keputusannya berkahwin lagi.

Lelaki diuji bila ada segalanya

image is not available

Sekarang tukar doa diri sendiri kaya

image is not available

Wakil perempuan yang geram dan marah

image is not available

Bulan depan cukupkan empat

image is not available

Emo betul tengok

image is not available

Kesian bini pertama

image is not available

Terdahulu, dia memaklumkan bahawa dirinya telah bernikah lagi selepas mendapat keizinan isteri pertama sekali gus mengejutkan lebih 700,00 pengikutnya di aplikasi TikTok dimana ramai golongan wanita yang kurang bersetuju dengan tindakannya berpoligami.

Sumber: TikTok Abang Tesla

View Original Article