Spotify Ingin Lancar Perkhidmatan Adun Semula Lagu Dikuasakan AI Pada Awal 2027

TechnologyMusic
30 Oct 2026 • 10:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify Ingin Lancar Perkhidmatan Adun Semula Lagu Dikuasakan AI Pada Awal 2027

Spotify sedia terkenal dengan penawaran perkhidmatan penstriman lagu dan muzik yang digunakan ratusan juta pengguna seluruh dunia. Tidak setakat itu, kini Spotify dilaporkan ingin melancarkan sebuah perkhidmatan adun semula lagu yang dikuasakan AI, menjelang suku pertama 2027 kelak.

Melaluinya, pengguna boleh menggunakan AI dalam menghasilkan lagu versi mereka tersendiri – termasuk menggunakan gaya artis lain untuk menyanyikan sesuatu lagu berbeza, atau mengubah rentak lagu, dan melakukan pelbagai perubahan lain. Untuk mengakses ciri ini, pengguna dilihat akan dikenakan bayaran langganan tambahan.

Spotify dijangka akan membayar royalti kepada artis asal, walaupun sesuatu lagu berkenaan di adun semula oleh pengguna perkhidmatan berkenaan. Buat masa ini, Spotify telah mula memeterai perlesenan dengan beberapa label lagu untuk ciri baharu ini.

Dengan langkah ini juga, ia akan memberikan lebih kebebasan kepada pengguna perkhidmatan Spotify dalam peribadikan sesuatu lagu mengikut kehendak mereka, dan pada masa yang sama masih menyokong artis berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved