Spotify Ingin Menawarkan Pula Penstriman Konsert Secara Eksklusif

EntertainmentMusic
8 Jun 2026 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify Ingin Menawarkan Pula Penstriman Konsert Secara Eksklusif

Muzik, podsiar, video, buku audio da baru-baru ini artikel majalah terkemuka dalam bentuk audio ditawarkan oleh Spotify bagi menguasai dunia penstriman berbayar. Setakat ini taktik mereka berjaya dengan Spotify masih memegang status perkhidmatan penstriman muzik nombor satu dunia. Menurut Bloomberg, langkah seterusnya ialah menawarkan penstriman konsert secara eksklusif kepada pelanggan.

Image from: Spotify Ingin Menawarkan Pula Penstriman Konsert Secara Eksklusif

Ramai peminat ingin melihat sendiri artis kegemaran di konsert secara langsung tetapi kerap kali tidak mampu membeli tiket. Bloomberg melaporkan Spotify sedang berbincang dengan beberapa syarikat rakaman untuk hak eksklusif penstriman konsert secara langsung di platform mereka.

Setakat ini mereka telah melakukan eksperimen penawaran ini menerusi konsert Dua Lipa di Mexico City. Langkah ini sebahagian daripada strategi menjadikan video sebagai komponen utama untuk meningkat pengguna dan mengaut pendapatan iklan lebih tinggi.

YouTube sudah memegang hak penstriman Coachella sementara Prime Video dengan Stagecoach sementara Glastonbury pula dengan BBC. Pada waktu yang sama Spotify ingin memberikan ganjaran kepada peminat paling tegar menstrim artis kegemaran mereka dengan akses kepada tiket lebih awal atau eksklusif di masa hadapan.