Spotify Kini Tawarkan Artikel Panjang Majalah Ternama Dalam Bentuk Audio

TechnologyLifestyle
27 May 2026 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami bersetuju dengan pendapat ramai bahawa generasi sekarang tidak lagi suka membaca. Kepenatan membaca kandungan media sosial membuatkan akbar, majalah dan buku tidak lagi dibaca. Maka apakah solusi kepada isu ini? Bagi Spotify dan penerbit majalah jawapannya menawarkan artikel panjang dalam bentuk audio menerusi ciri baharu Articles.

Image from: Spotify Kini Tawarkan Artikel Panjang Majalah Ternama Dalam Bentuk Audio

Hari ini lebih 650 artikel berbahasa Inggeris daripada majalah ternama seperti Rolling Stone, The Atlantic, Vogue, Variety, Billboard, Vibe, GQ, WIRED, Vanity Fair, dan Pitchfork. Kandungan artikel dalam bentuk audio ini diterbitkan sendiri oleh pasukan Spotify Audiobooks.

Pengguna Spotify Premium boleh mengakses artikel dengan ia termasuk dalam kuota bulanan buku audio mereka. Pengguna Spotify percuma pula boleh membeli artikel secara individu pada harga $1.99 setiap satu.

Spotify melihat Articles sebagai cara untuk memperkenalkan kandungan penulisan panjang dalam bentuk audio, selari dengan tabiat pengguna yang sudah mendengar muzik, podsiar dan buku audio. Format ini bertujuan membina tabiat mendengar yang sihat, bermula dengan kandungan lebih pendek sebelum beralih kepada buku audio yang lebih panjang. Artikel audio membantu pengguna meneroka topik, artis dan cerita yang mereka minati dengan lebih mendalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved