Spotify Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pelanggan Berbayar

TechnologyDigital
1 Feb 2023 • 12:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Spotify kini mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi perkhidmatan penstriman audio pertama yang mencatatkan seramai lebih 200 juta pelanggan berbayar dibawah perkhidmatan mereka.

Mengikut angka terkini yang diterbitkan, Spotify kini mempunyai 489 juta pengguna aktif bulanan, dan 205 juta pelanggan berbayar.

image is not available

Walaupun angka pelanggan meningkat, namun dari segi operasi, ia masih mencatatkan kerugian buat masa ini.

Apa pun, Spotify dilihat kini mempelbagaikan penawaran dengan lebih memfokuskan kepada kandungan seperti podsiar, buku audio dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Spotify akan memperkenalkan perkhidmatan penstriman audio berkualiti tinggi dinamakan Spotify HiFi kepada umum – salah satu perkhidmatan yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved