Spotify Kini Mempunyai Senarai Main Yang Hanya Boleh Diakses Oleh Pemilik NFT

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 8:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Spotify akhirnya memperlihatkan ciri NFT mereka. Sebagai ujian awal, Kingship iaitu sebuah kumpulan muzik metamesta di bawah Universal Music Group telah memperkenalkan senarai main khas yang hanya boleh diakses oleh pemilik koleksi NFT mereka.

image is not available

Ciri ini dilihat hanya terhad kepada pengguna Android, di mana pada butang main ada logo kunci kerana menghalang akses untuk pengguna biasa main muzik mereka. Butang ini hanya boleh ditekan selepas pengguna sambungkan dengan dompet kripto seperti Metamask untuk mengesahkan simpanan NFT masing-masing.

image is not available

Selain Kingship, kumpulan Overlord turut dilihat menawarkan ciri sama. Tetapi buat masa ini senarai main eksklusif ini hanya boleh diakses oleh pemilik NFT di Amerka Syarikat, UK, Jerman, Australia dan New Zealand.