Ciri Magic Eraser Pada Google Photos Kini Boleh Digunakan Pelanggan Google One

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 10:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ciri Magic Eraser ialah ciri eksklusif yang selama ini hanya boleh digunakan oleh pemilik Pixel 6 dan Pixel 7. Menerusinya pengguna boleh memadam objek di dalam gambar secara automatik menerusi aplikasi Google Photos.

image is not available

Hari ini Google mengumumkan tiada lagi status eksklusif dengan ia boleh digunakan semua pelanggan Google One dan kesemua peranti Pixel walaupun pemilik tidak melanggan kepada Google One. Google mengatakan ciri ini akan diberikan secara berperingkat kepada pelanggan Google One seluruh dunia.

image is not available

Selain Magic Eraser, ciri menghasilkan video HDR juga disertakan sekali menerusi kemas kini pagi ini. Video biasa akan kelihatan lebih terang dengan warna lebih bermaya selepas kesan HDR dikenakan. Akhir sekali lebih banyak Styles diberikan untuk menghasilkan kolaj daripada koleksi gambar yang telah diambil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved