Spotify Kini Mula Menerima Buku Audio Yang Dijana Menggunakan AI

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 4:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini mula membuat perubahan polisi pada platform mereka, sekaligus mula menerima buku audio yang dibacakan menggunakan janaan AI. Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

ElevenLabs menyatakan ramai yang sudah mula mendengar buku audio berbanding sebelum ini, namun ia membawa kepada kos yang tinggi untuk penulis atau penerbit dalam menerbitkan karya dalam bentuk audio. Namun, dengan penawaran ElevenLabs, kos berkenaan dapat diturunkan secara drastik.

ElevenLabs Voices menyokong sejumlah bahasa, termasuk Bahasa Malaysia. Selepas dijana buku audio menggunakannya, pengguna boleh memuat-naik buku audio berkenaan ke Spotify menggunakan platform Findaway Voices.

Seperti biasa, proses penilaian akan dilakukan sebelum sesuatu buku audio berkenaan diterbitkan, dan ia perlu dilabelkan sebagai janaan digital. Langkah ini juga dijangka membawa kepada penghasilan pelbagai variasi buku audio kepada pendengar seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved