Spotify Memperkenalkan Sokongan Penstriman Video Muzik Untuk Pengguna Premium Di Malaysia

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 9:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify sedia mengumumkan penawaran video muzik di beberapa pasaran sebelum ini, dan kini ciri berkenaan turut diperluaskan kepada para pengguna Spotify Premium di Malaysia. Melalui halaman sokongan, Spotify mengatakan pengguna Spotify Premium kini boleh menikmati video muzik melalui aplikasi mudah-alih, di desktop, di web dan juga di kaca televisyen melalui aplikasi Spotify.

image is not available

Dengan langkah ini, selain hanya mendengar kepada lagu dan muzik, pengguna turut boleh melihat video muzik yang dihasilkan khusus untuknya. Pihak Spotify sebelum ini pernah berkongsi mengatakan para pengguna muda lebih meminati kandungan video pada platform tersebut – dan mereka yang menonton video untuk sesuatu lagu mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk mengulang dengar lagu tersebut.

Bagi anda yang menggunakan Spotify Premium, anda akan melihat sebuah butang khusus pada lagu yang disokong, membolehkan anda mengubah paparan dengan mudah melalui hanya satu tap sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved