Sekian lamanya, televisyen pintar LG dengan webOS tidak menyokong Chromecast atau nama baharu Google Cast. Sokongan ini mula diberikan kepada televisyen model baharu yang dilancarkan tahun ini, Kemudian, televisyen-televisyen LG di hotel-hotel pula dengan televisyen milik pengguna hanya akan menerima kemas kini bermula tahun 2025.

Kemas kini ini nampaknya diberikan secara lebih awal. Menurut laporan FlatPanelsHD, LG C3 dan LG G3 model tahun 2023 sudah mula menerima kemas kini webOS 24 dengan Google Cast. Lebih menarik, sokongan kemas kini untuk televisyen model sedia ada kini disokong untuk lima tahun. Melalui webOS ReNew program, televisyen OLED/QNED/LCD tahun 2023 akan menerima kemas kini webOS 24, 25, 26 dan 27. Sementara televisyen tahun 2022 akan menerima webOS 23, 24, 25 dan 26.
Ini secara tidak langsung menjadikan televisyen LG lebih berbaloi untuk dimiliki. Bukan sahaja sokongan Google Cast yang memberi pengguna lebih fleksibiliti, tetapi juga sokongan kemas kini yang menjamin televisyen LG boleh tahan untuk jangka masa yang panjang. Kemas kini ini diedarkan secara berperingkat kepada pengguna di Amerika dan Eropah terlebih dahulu.
