Spotify Memperkenalkan Widget Kunci Skrin iPhone

TechnologyDigital
14 Apr 2023 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple telah memfokuskan kepada penggunaan widget sejak iOS 14 diperkenalkan. Widget ini boleh digunakan pada skrin utama atau pun pada laman Today View. Versi terkini membenarkan widget digunakan pada kunci skrin.

image is not available

Widget terkini untuk kunci skrin iPhone dihasilkan oleh Spotify. Tiada apa-apa yang istimewa mengenai widgte Spotify baharu ini selain akses pantas kepada membuka aplikasi penstriman muzik ini.

Apabila pengguna menggunakan widget ini, sebaik sahaja anda tekan dan Face ID atau Touch ID mengesahkan identiti pengguna aplikasi Spotify akan terus dibuka. Ciri ini hanya terhad kepada pengguna iOS 16 dan kepada mereka yang telah mengemaskini ke aplikasi versi terkini.

image is not available

Spotify turut mengingatkan pengguna jika muzik sedia main, tekan terus nama artis dan lagu pada pemain media di kunci skrin untuk buka aplikasi Spotify dengan lancar. Turut tidak lupa Spotify sedia menawarkan dua widget untuk digunakan pada Today View atau skrin utama.