Spotify Menafikan Mereka Membayar Artis 2x Lebih Rendah Berbanding Apple Music

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak platform penstriman muzik berada di pasaran yang menawarkan kandungan daripada pelbagai artis. Ada yang melanggan kerana muzik, ada juga yang melanggan kerana ingin menyokong artis. Terbaru, terdapat laporan menyatakan Apple Music membayar artis 2x lebih tinggi berbanding Spotify.

image is not available

Laporan ini adalah oleh Duetti iaitu platform muzik yang memfokuskan kepada mendemokrasikan pengewangan katalog untuk artis individu. Ia melaporkan mengenai kutipan untuk sepanjang tahun 2024 dan Apple Music dilihat membayar artis $6.20 untuk setiap 1000 penstriman, sementara Spotify hanya $3.00. YouTube pula adalah $4.80 dan Amazon yang paling tinggi iaitu $8.80.

Menariknya, Spotify telah mengeluarkan kenyataan melalui 9to5Mac menafikan perkara ini. Spotify mendakwa yang tiada platform penstriman membayar artis mengikut kadar penstriman dan data dalam laporan Duetti adalah tidak tepat.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?