Spotify Menawarkan Ciri Mengawal Akaun Kanak-Kanak Untuk Penjaga

TechnologyDigital
14 Sep 2024 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kegusaran setiap ibu bapa dan penjaga ialah kanak-kanak bawah jagaan mereka mengakses kandungan yang tidak sesuai dengan usia. Mereka tidak mempunyai masa 24/7 sehari untuk memantau aktiviti kanak-kanak seperti Sauron. Spotify hari ini mengumumkan ciri akaun kanak-kanak bawah 13 tahun yang boleh diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga.

image is not available

Menerusinya ibu bapa dan penjaga boleh mengawal lagu serta video yang boleh distrim serta paparan grafik Canvas apabila lagu dimainkan. Mereka juga boleh mengehadkan pensriman lagu yang mengandungi lirik yang tidak sesuai dengan usia. Ciri ini berbeza dengan Spotify Kids yang memang menghalang keseluruhan kandungan yang dilabel dewasa kerana memberikan kuasa di tangan ibu bapa dan penjaga untuk menetapkan apa yang dibenarkan.

Pada ketika ini ciri akaun kanak-kanak bawah 13 tahun diselia oleh ibu bapa penjaga ini dalam fasa percubaan. Ia boleh digunakan pelanggan pelan Premium Family di Denmark, New Zealand, dan Sweden sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved