Spotify Mengesahkan Pelan Lebih Mahal Dengan Audio HiFi Bakal Tiba

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah lebih tiga tahun pengguna setia Spotify menantikan pelan langganan dengan audio HiFi tetapi ia masih tidak ditawarkan. Bulan lepas kita sekali lagi mendengar yang pelan ini akan tiba dengan harga langganan yang lebih mahal. Terbaru, Daniel Ek iaitu CEO Spotify telah mengesahkan kehadiran ciri ini.

Sayang sekali beliau tidak mendedahkan sebarang tarikh bila pelan ini akan diperkenalkan kepada semua kerana dikatakan ia masih dalam pembangunan. Daniel Ek menyatakan yang pelan baharu Spotify ini bukan sahaja akan memberi pengguna penstriman kualiti audio nirhilang, tetapi turut mempunyai lebih banyak kawalan dan ada lagi banyak ciri serta fungsi menarik yang masih belum sedia untuk didedahkan.

image is not available

Untuk harga langganan, beliau turut mengacah yang jika pelan biasa adalah $11.99 ia akan $5 lebih mahal – jadi sekitar $17 (~RM79) atau mungkin $18 (~RM84) sebulan. Dalam kiraan saya ia adalah sekitar 41.7% peningkatan, bermakna harga di Malaysia untuk individu RM15.90 sebulan boleh menjadi ~RM22.50 sebulan atau lebih mahal.

Nampaknya Spotify jelas sekali tidak boleh menawarkan pelan HiFi dengan harga sama sepertimana Apple Music tawarkan kepada semua pengguna. Harapnya penawaran Spotify adalah lebih baik jikalau mereka berani salahkan Apple, pelan HiFi mereka ditunda.