Umum sedia maklum yang bulan hadapan, perkhidmatan Google Podcast akan ditamatkan. Google akan menjadikan YouTube Music sebagai tempat menstrim kandungan podsiar agar boleh bersaing dengan Spotify. Terbaru, Google dilihat sedang menguji ciri Trim Silence pada aplikasi YouTube Music.

Ciri ini adalah untuk melangkau atau potong detik senyap dalam podsiar. Misalnya, jika ada dua orang berbincang mengenai sesuatu topik dan berhenti seketika sama ada untuk rehat atau lain-lain – pengguna tidak perlu mendengar dan boleh terus menikmati perbincangan topik tadi dengan lebih lancar.

YouTube Music bukanlah aplikasi yang sesuai untuk podsiar. Jadi Google secara perlahan menambah pelbagai ciri dan fungsi bagi memastikan pengguna Google Podcast yang akan beralih ke platform lain ini menjadi lebih selesa dan kekal setia. Apa pendapat anda?
- Sumber
- 9to5Google
