Spotify Mula Mengehadkan Akses Lirik Kepada Pengguna Percuma

TechnologyDigital
3 May 2024 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify nampaknya sekali lagi telah menemui jalan untuk menarik pengguna percuma mereka mula melanggan pelan premium. Terbaru, Spotify dilihat mula mengehadkan akses lirik ketika mendengar muzik untuk pengguna percuma. Lirik kini dilihat telah menjadi satu ciri langganan premium.

Buat masa ini, Spotify masih tidak menyenaraikan yang lirik adalah sebahagian ciri premium di laman langganan mereka. Ini mungkin kerana pengguna percuma masih boleh mengakses lirik dengan jumlah yang terhad setiap bulan. Selepas had ini dicapai, Spotify akan mengarahkan pengguna untuk mula melanggan.

image is not available

Ciri ini telah diuji sejak bulan September tahun 2023. Ketika itu Spotify memberitahu yang ia hanya sekadar ujian untuk melihat maklum balas. Untuk ciri lirik ini, sumber memberitahu yang ciri baharu Spotify sentiasa akan diuji dan ditawarkan mengikut negara berbeza dan juga peranti yang digunakan. Dalam ujian saya, lirik pada peranti Android masih boleh diakses tetapi di aplikasi Windows tidak boleh. Apa kata anda, adakah akses lirik patut dibayar atau diberikan secara percuma?