11 fungsi premium Google Photos akan dibuka kepada pengguna versi percuma

Digital
17 Apr 2024 • 11:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google mengumumkan yang beberapa fungsi premium aplikasi Google Photos akan dinyahkunci kepada pengguna versi percuma bermula 15 Mei 2024 ini. Antara yang bakal boleh dimanfaatkan pengguna versi ini adalah seperti Magic Eraser, Photo Unblur, Portrait Light, dan Magic Editor.

Magic Eraser adalah alat yang boleh diguna untuk membuang objek yang tidak diperlukan daripada gambar. Kemudian kita juga ada Photo Unblur untuk berikan nafasbaharu kepada gambar kabur sementara yang terakhir adalah Portrait Light, ciri yang membaiki pencahayaan pada wajah.

Tidak terhad di situ, berikut adalah senarai penuh ciri yang akan dinyahkunci:

  • Magic Eraser
  • Unblur
  • Sky suggestions
  • Color pop
  • HDR effect for photos & videos
  • Portrait blur
  • Portrait light
  • Cinematic photos
  • Styles in collage editor
  • Video effects

Selain daripada fungsi-fungsi tadi, ada juga fungsi yang ditawarkan namun secara terhad. Magic Editor memanfaatkan teknologi AI untuk menjana semula photo dengan subjek yang diingini. Tahap penyuntingan yang dibawakannya lebih tinggi berbanding 3 alat yang percuma. Sebanyak 10 gambar yang disunting boleh disimpan setiap bulan menggunakan Magic Editor.

Sekiranya anda ingin memanfaatkan Magic Editor, anda perlu memiliki telefon Pixel ataupun langganan Premium Google Plan (2TB).

Langkah Google ini dilihat sebagai respons langsung kepada jenama telefon yang mula memberikan ciri penyuntingan berasaskan AI pada produk masing-masing. Salah satu yang menyerlah kebelakangan ini adalah Samsung Galaxy AI.

Sumber: Google

Bacaan berkaitan