Spotify Untuk Desktop Menerima Antaramuka Baharu

TechnologyDigital
21 Jun 2023 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify mengemaskini aplikasi mereka untuk komputer desktop hari ini. Menerusi antaramuka baharu ini, aplikasi desktop dan pada peranti mudah alih kini lebih sekata bagi memudahkan penggunaan. Apabila memainkan lagu, aplikasi akan menunjukkan tiga tingkap. Tingkap kiri untuk menu, tengah untuk senarai main dan tingkap paling kanan pula menujukkan maklumat lebih lanjut mengenai artis.

image is not available

Maklumat biografi, konsert dan barangan yang boleh dibeli akan dipamerkan pada tingkap paling kanan ini. Senarai main juga boleh dipin supaya mudah dicari. Carian turut diperhalusi kerana pengguna boleh memilih untuk melakukan carian semua katalog Spotify, muzik yang disimpan, episod podsiar dan banyak lagi.

Selain itu saiz tingkap aplikasi juga boleh diubah mengikut kehendak pengguna. Bagi mereka yang gemar menggunakan ciri Friend Activity, ia kini disorokkan tetapi boleh diakses dengan menekan ikon di sebelah kiri avatar peribadi anda dalam aplikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved