Spotify Verified Membezakan Artis Manusia Dengan AI

EntertainmentTechnology
1 May 2026 • 7:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify hari ini melancarkan pelekat “Verified by Spotify” pada profil artis di platform bagi membezakan artis manusia dengan artis janaan AI. Ia adalah langkah untuk meningkatkan kepercayaan dan ketelusan dalam era terdapat banyak muzik janaan AI.

image is not available

Untuk menerima lencana pengesahan ini, Spotify akan melihat aktiviti penstriman pendengar yang konsisten dan melihat sama ada terdapat lonjakan tiba-tiba yang biasanya adalah petanda ia adalah bot. Artis juga perlu membuktikan mereka adalah manusia sebenar di dalam platform serta di luar menerusi konsert, barangan yang dijual serta akaun media sosial yang digunakan.

Lencana pengesahan identiti akan muncul pada profil artis dan hasil carian dalam minggu-minggu akan datang. Lebih 99% artis yang sering dicari pengguna akan disahkan pada pelancaran.

Selain lencana pengesahan identiti, Spotify juga memperkenalkan paparan profil baharu yang memaparkan kejayaan yang dicapai, aktiviti album yang akan dilancarkan, aktiviti konsert dan banyak lagi supaya peminat boleh mengenali artis dengan lebih baik. Ciri ini masih di peringkat beta hanya pada aplikasi mudah alih Spotify.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved