Adakah pemuzik manusia akan diancam kecerdasan buatan (AI) dalam masa terdekat? Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh Deezer jawapan kepada soalan ini ialah ya kerana sebanyak 75,000 muzik janaan kecerdasan buatan (AI) dimuat naik setiap hari ke Deezer.
Ini bersamaan 44% jumlah muzik baharu yang dimuat naik setiap hari atau 2 juta muzik baharu setiap bulan. Sebelum ledakan AI generatif, Deezer hanya mencatatkan 10,000 muzik baharu dimuat naik setiap hari.

Sungguhpun begitu muzik janaan AI hanya mengambil 1-3% jumlah penstriman di platform. Malahan 85% daripada penstriman dilakukan didapati adalah berunsur penipuan maka tidak boleh menjana pendapatan seperti artis manusia. Ini menurut Deezer akan memastikan pengurangan pembayaran menerusi penstriman terjejas disebabkan oleh AI.
Deezer berkata mereka kini melesenkan teknologi pengesanan penstriman berunsur penipuan kepada pelanggan yang berminat. Turut didedahkan oleh Deezer ialah kajian mendapati 97% pengguna tidak dapat membezakan muzik janaan AI dengan buatan manusia. Sungguhpun begitu 80% bersetuju muzik yang dijana 100% oleh AI perlu mempunyai label yang boleh dilihat oleh mereka.




