SPR Adakan Mesyuarat Minggu Depan Bincang Tarikh PRU-15

Politics
11 Oct 2022 • 7:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mesyuarat itu juga bagi membincang dan menentukan tarikh PRN DUN Bugaya, Sabah. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 20 Oktober ini bagi membincang dan menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, mesyuarat itu juga bagi membincang dan menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Katanya, mesyuarat itu akan diadakan pada jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Mesyuarat khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih dan persiapan lain bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya.

Mesyuarat itu diadakan susulan pembubaran Parlimen berkuatkuasa semalam, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.  – Getaran, 11 Oktober 2022

View Original Article