SPR boleh tunda pengundian, adakan semula pilihan raya

Politics
16 Nov 2022 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

image is not available
Karupaiya (kiri) sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ceramah di Kulim, Kedah baru-baru ini.

SHAH ALAM - Proses pengundian bagi Kerusi Parlimen Padang Serai akan ditanggungkan ke tarikh yang lain.

Penganalisis Pilihan Raya, Dr G Manimaran berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan buat keputusan berhubung tarikh baharu bagi melaksanakan proses pengundian.

Sementara itu, calon-calon yang sedia akan kekal dan layak untuk bertanding pada kerusi tersebut.

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya, meninggal dunia pada Rabu kerana serangan jantung.

Mendiang yang merupakan ahli PKR memenangi kerusi itu pada PRU 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong dari MCA dan Muhammad Sobri Osman dari PAS.

Karupaiya dijangka menentang C Sivaraaajh dari MIC dan tiga yang lain pada pengundian 19 November ini.

AKAN MENYUSUL