SPR jelaskan cara-cara tukar tempat mengundi

Politics
27 Nov 2022 • 11:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi sebuah video menjelaskan cara-cara kepada individu yang mahu menukar tempat mengundi mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial SPR, perkara pertama yang pengundi perlu lakukan adalah dengan menukar alamat pada kad pengenalan.

"Tukar dulu alamat pada kad pengenalan. Pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dulu dan tukar alamat," kata SPR menerusi perkongsian video itu pada Ahad.

Tambah SPR, selepas selesai menukar alamat pada kad pengenalan, pengundi boleh membuat permohonan menukar tempat mengundi di laman sesawang myspr.spr.gov.my.

Menurut SPR, mana-mana individu yang belum mempunyai akaun di laman sesawang SPR perlu membuat permohonan baharu terlebih dahulu.

"Buat akaun dulu. Bila akaun kita sudah aktif barulah boleh buat pertukaran bahagian pilihan raya. Senang, dalam talian sahaja jangan buat minit-minit akhir," ujar SPR.

Kata SPR, waktu ini adalah yang terbaik untuk melakukan pertukaran tempat mengundi kerana baru selesai pilihan raya.

"Sekaranglah masanya untuk tukar. Janganlah bila nak mengundi dah bubar (Parlimen atau Dewan Undangan Negeri) baru nak tukar," kata SPR.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved